Takkan mungkin menjadi manusia suci...memadai kita saling menghormati.________***

Takkan mungkin menjadi manusia suci...memadai kita saling menghormati.________***

Wednesday 14 November 2012

Saksikan Drama CINTA BUKAN MILIK KU di Slot AKASIA TV3 setiap Isnin sehingga Khamis jam 7pm.. COOLfm Home Radio Station sebagai PENAJA PROMOSI di Kredit Akhir Drama tersebut.

Friday 16 March 2012


COOLfm Home-Radio Station yang lebih bersifat Independent adalah lahir daripada sebuah kekecewaan dan kepenatan terhadap sifat Tamak,hipokrit dan pengabaian terhadap keikhlasan dan kejujuran pada karya seni.

Kekejaman dalam menghukum nilai pengkarya akibat dari sifat kepentingan diri pada manusia2 rakus yg menguasai industri semakin menjadi sesuatu yg wajib sehingga sanggup membohongi diri dan menidakkan hak pengkarya dan seni yg sebenar-benarnya layak diangkat sebagai sebuah karya seni.

Akibatnya semakin ramai penggiat seni sanggup melacurkan anugerah tuhan hanya kerana survival yg semakin menghimpit.Malah berkarya dgn rasa keikhlasan dan kejujuran bagaikan menjadi sesuatu kesalahan dan kebodohan. Hanya sanggup menjadi pak turut dan bukannya mengambil  tanggungjawab sebagai ‘Creator’ dan mewujudkan sesuatu yg belum wujud.
Seolah-olah tiada lagi sifat2 kejujuran,keikhlasan,ketelusan dan ketulusan yang harus wujud di dlm diri manusia demi utk kehidupan yg lebih aman dan saling menghormati sesama kita.

Oleh itu,kami di COOLfm sanggup mengambil tanggungjawab ini di atas dasar menghargai anugerah dan amanah dari DIA.

Bersama pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri kartun,musik dan keseluruhan kerja2 kreatif yang berlandaskan keceriaan...kami mengadunkan segala pengalaman2 ini semua menjadi SATU untuk melahirkan dan memberikan sesuatu yg berlainan untuk menemani dan menceriakan anda serta menambahkan satu warna baru pada indusri seni dan penyiaran keseluruhannya.

Terima kasih datas sokongan anda.