Takkan mungkin menjadi manusia suci...memadai kita saling menghormati.________***

Takkan mungkin menjadi manusia suci...memadai kita saling menghormati.________***

Friday, 16 March 2012


COOLfm Home-Radio Station yang lebih bersifat Independent adalah lahir daripada sebuah kekecewaan dan kepenatan terhadap sifat Tamak,hipokrit dan pengabaian terhadap keikhlasan dan kejujuran pada karya seni.

Kekejaman dalam menghukum nilai pengkarya akibat dari sifat kepentingan diri pada manusia2 rakus yg menguasai industri semakin menjadi sesuatu yg wajib sehingga sanggup membohongi diri dan menidakkan hak pengkarya dan seni yg sebenar-benarnya layak diangkat sebagai sebuah karya seni.

Akibatnya semakin ramai penggiat seni sanggup melacurkan anugerah tuhan hanya kerana survival yg semakin menghimpit.Malah berkarya dgn rasa keikhlasan dan kejujuran bagaikan menjadi sesuatu kesalahan dan kebodohan. Hanya sanggup menjadi pak turut dan bukannya mengambil  tanggungjawab sebagai ‘Creator’ dan mewujudkan sesuatu yg belum wujud.
Seolah-olah tiada lagi sifat2 kejujuran,keikhlasan,ketelusan dan ketulusan yang harus wujud di dlm diri manusia demi utk kehidupan yg lebih aman dan saling menghormati sesama kita.

Oleh itu,kami di COOLfm sanggup mengambil tanggungjawab ini di atas dasar menghargai anugerah dan amanah dari DIA.

Bersama pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri kartun,musik dan keseluruhan kerja2 kreatif yang berlandaskan keceriaan...kami mengadunkan segala pengalaman2 ini semua menjadi SATU untuk melahirkan dan memberikan sesuatu yg berlainan untuk menemani dan menceriakan anda serta menambahkan satu warna baru pada indusri seni dan penyiaran keseluruhannya.

Terima kasih datas sokongan anda.

16 comments:

  1. SLAMAT DI LANCAR KAN BRO COOL SEMUA .
    MARI KITA SEMUA SAMA-SAMA TINGTONG DI COOLFMRADIO .
    THANKS AND KEEP ON GOING AND KEEP IT UP GANG .

    ReplyDelete
  2. sampai kiamat ye...berkeudara...hehehehe lawak...

    ReplyDelete
  3. Bolehle...baru first time dengar

    ReplyDelete
  4. gua rasa benda ni bagus bila wujud manusia yg tak paham seni dan meniagakan seni sebagai benda tak berhrga.gua sokong benda ni sebelum seni,jiwa dan diri gua dirogol beramai-ramai oleh manusia tak bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  5. Bos Bos!! apa nama lagu jiwang tadi tu yg you putar putar? mekaseh

    ReplyDelete
  6. psstt radio benda ni mcm ni leh sakit jantung den 4 perkara kita perlu tahu tentang kesihatan. tips bila dah dengar lagu supaya tak terkezut...

    ReplyDelete